APA ITU RESVERATROL?

Resveratrol

Biasa kita dengar kandungan resveratrol yang tinggi dalam vivix. Tapi tahukah anda apa itu resveratrol?

struktur kimia resveratrol

struktur kimia resveratrol

Resveratrol adalah sejenis polyphenol yang dikenali sebagai phytoalexin iaitu sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan terhadap penyakit.

Bahan ini terhasil daripada tindakbalas tumbuhan terhadap jangkitan kulat, tekanan, kecederaan dirosakkan oleh haiwan, sinar uv,cuaca ekstrem dan sebagainya.

Terdapat tumbuhan tidak dapat menghasilkan atau kurang menghasilkan bahan pertahanan ini terutamanya tumbuhan yang menggunakan petisid dan hebisid kerana mereka dilindungi oleh racun perosak tersebut.

Antara tumbuhan yang paling banyak menghasilkan resveratrol adalah anggur,rasberi dan kacang.

Anggur antara tumbuhan yang menghasilkan banyak resveratrol

Anggur antara tumbuhan yang mengandungi resveratrol

Anggur muscadine merupakan anggur yang mengandungi paling tinggi resveratrol.

Selain itu, resveratrol juga terkenal dengan sifat anti penuaan. 

Resveratrol juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap kolesterol baik serta melindungi dari kerosakkan arteri dan menjaga kesihatan jantung.

Masyarakat di Barat mengambil wain merah bagi mendapatkan sumber resveratrol, namun begitu, kajian menunjukkan kandungan alkohol dalam wain mampu memberi kesan kepada golongan tertentu.

Awas! Minuman alkohol tidak halal diminum

Awas! Minuman alkohol tidak halal diminum

Terdapat alternatif lain untuk mendapatkan sumber resveratrol, malah ianya lebih baik dari wain merah kerana ianya selamat dan halal dan juga gabungan ramuan yang hebat menjadikannya 10 kali ganda lebih baik dari kandungan resveratrol semata. Apakah ia?

Kajian Resveratrol

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Douglas Mental Health University Institute, McGill University, resveratrol mampu melindungi kulit dan melambatkan kesan penuaan kulit serta kesan penuaan lain pada kulit.

Menurut American Cancer Institute, resveratrol adalah antioksidan yang sangat berkuasa. Ia mengurangkan pengaktifan NF kappa B, yakni sejenis protin yang dikaitkan dengan pembentukan kanser dalam tubuh.

Menurut laporan kajian yang dibuat oleh Department of Biochemistry and Molecular Biology, New York Medical College, resveratrol menjadikan proses proliferation dalam kanser payudara menjadi kurang aktif.

Menurut American Cancer Institute, meminum sumber resveratrol setiap hari menurunkan risiko kanser prostat. Malah meminumnuya sekali seminggu boleh menurunkan risiko kanser prostat sebanyak 60%.

Menurut Department of Patholody, Northwestern University Feinberg School of Medicine membantutkan perkembangan CCR6-mediated migration pada sel yang rosak dalam kes diabetes.

Kesimpulannya, kita semua memerlukan produk atau makanan yang kaya dengan resveratrol memandangkan kita semua terdedah kepada pencemaran dan gaya pemakanan yang tidak sihat yang mana merupakan antara punca kita mendapat penyakit.

Cegah sekarang untuk masa depan yang lebih sihat

 

Share This:

9 thoughts on “APA ITU RESVERATROL?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge